KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, 18 January 2016

Sayangi Anak Kita

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua...

Ari ni aku nampak 2 budak sekolah bawak motor. Budak... mungkin umur dalam darjah 3 darjah 4.. gitu.. Sambil bonceng adik yang pakai baju pra sekolah. Alahai..... 

Aku cukup pelik kenapa mak bapak zaman sekarang ni mudah betul menggadaikan nyawa anak-anak demi kepentingan dan kesenangan masing-masing. Tak bernilai nyawa anak-anak tu.

Belajar Motor Kekonon (Gambar gugel)

Anak aku pernah try curi2 bawak masa kat rumah mak aku. Aku cukup menyirap n bagi amaran yang pada aku cukup keras untuk budak-budak. Pada aku biar le dia sakit hati kene peluku dari aku... dari aku meraban..meroyan tak tentu pasal..kalau2 jadi perkara yang bukan-bukan.

Pada aku belum masa lagi anak-anak sekolah ni bawak motor. Biar ler diorang bawak basikal...  pada aku kalau nak sangat bagi diorang nampak canggih sikit.. beli basikal elektrik. Tak payah ajar diorang bawak motor. Jangan kenalkan cara nak tunggang sebab tu akan membuka minat diorang untuk bawak motor tu.

Kalau kita malas nak hantar sekolah ke..kelas tambahan ke... suruh diorang jalan kaki.. naik basikal.. atau ambik van/bas sekolah.. 

Korang tak sayang ke anak-anak korang.. kalau lah... kalau yek... terjadi apa-apa.. mati ker.. korang sanggup ke kehilangan anak tu. Orang lain akan datang.. peluk korang.. tenangkan korang... minta korang bersabar... tapi persoalannye... mampu ke korang tanggung.

Ish.. tak dapat aku bayangkan. Orang akan simpati sekejap jer... bila dah tanam... dah kebumi... orang akan lupa anak yang dah mati tu... orang lain akan sembang.. kita yang akan tanggung selamanya... bersediakah...

Opps.. dah mati. Boleh seru balik tak nyawa tu  (Gambar gugel)

Jom lah kita ubah balik... biarlah anak-anak kita dikatakan kolot sebab tak bawak motor... tapi mereka sentiasa ada bersama kita. Biarlah anak-anak kita merungut sebab tak boleh bawak motor dari kita menangis kemudian hari. 


Permata Syurga Daku

Sayangilah anak-anak kita. Bukan semua insan didunia dikurniakan zuriat. Kita yang dipilih untuk dipertanggungjawabkan menjaga amanah TUHAN, jagalah sebaiknya... sayangi dan kasihi mereka seperti kita menyayangi dan menghargai nyawa kita sendiri. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...