KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, 25 August 2015

REFLEKSOLOGI

Minggu lepas aku gie mengurut tapak kaki. Urut kat Nuri Reflexology Putra Perdana. Saja-saja nak cuba urutan refleksologi ni.

Tukang urut ialah OKU dari segi penglihatan. Ada lelaki ada pompuan. Ada kala sakit..masa urut tu.. ada kala sedap...  biasa ler nama pun berurut.

Tukang urut

Bayang-bayang

Si ShahFiq yang teman aku. ShahFiq tu bayang-bayang aku... ke mana aku pegi dia ada.  Tapi lepas dia ikut aku gie urut kaki tu... balik umah kalau suruh dia urut.. menjadi.. sebab dia nengok cara orang tu urut. Untung lar...

Bilik Urut Badan

Dia urut dari tapak kaki sampai betis. Kira sedap ler jugak. Kalau ada masa dan yang penting RM aku pegi lagi kot. Nak try urut badan lak. Badan aku banyak angin.. sebab tu aku suka mencuba bab..bab mengurut ni. Padahal kat opis aku pun ada gak orang mengurut.

Aku


Oklah.. sampai sini je aku berceloteh.. kalau yang nak mencuba.. pegi lah... rasa sendiri.

Monday, 10 August 2015

TENANGNYA KUALA LUMPUR

Aik.. Kuala Lumpur tu tenang ke... hahahah persoalan yang menjadi persoalan. Kuala Lumpur tu kalau diikut dengan mata kasar.. memang sesak..serabut... orang kata kalau tersangkut jem..memang tension... 

Kuala Lumpur 
(Gambar Ehsan En.Google)

Itu pada orang lain.. tapi pada aku yang membesar dengan suasana dan keadaan  Kuala Lumpur ni... dah biasa dengan hiruk pikuk Kuala Lumpur ni.. aku rasa setiap kali aku jejak kaki kat Kuala Lumpur.. ia begitu mendamaikan... mengimbas segala memori zaman dahulu...

Kota Darul Ehsan... Sempadan KL dan PJ
(Gambar Ehsan En.Google)

Aku dibesarkan kat Petaling Jaya... tak jauh pun dari KL.. sebelah je...  mak abah aku lak keje kat KL.. jadinya memang KL tu tempat permainan aku. Tiap2 hujung minggu selalu lepak kat Dataran Merdeka.. tengok konsert free. 

Opis Abah aku
(Gambar Ehsan En.Google)

Opis Mak aku
(Gambar Ehsan En.Google)

Selalu kalau beli barang dapur... mak aku rajin pergi Hankyu Jaya..Keramat Super Market...Batu Road Super Market... YOAHAN.. nostalgia semua tempat2 ni.. dah tak de pun pasaraya tu.

Plastik Hankyu Jaya
(Gambar Ehsan En.Google)


Plastik Yoahan
(Gambar Ehsan En.Google)


Sebab mungkin aku dah biasa dengan kesibukkan Kuala Lumpur hingga tak terasa kesesakan lalulintas yang berlaku di Kuala Lumpur. Tapi tak tau ler kalau time sesak tu aku ada kes kecemasan ke... mungkin aku pun tension gak.

Kalau aku gie KL.. aku suka nengok bangunan lama.. perubahan bangunan dan suasana... yang paling aku nampak perubahan KL adalah kawasan Chow Kit... dah macam bukan Malaysia.. nak2 kat pasar Chow Kit... berubah 100% dari dulu...hik!hik!hik!

Bangunan kat Jalan TAR
(Gambar Ehsan En.Google)


Sempadan Jalan TAR & Jalan Dang Wangi
(Gambar Ehsan En.Google)


Kalau jenjalan area Wangsa Maju... Keramat..Kampung Baru... kawasan tu dah jadi macam kawasan kampung.. ramai warga emas dan pencen tinggal kat situ. Jenjalan hari minggu penuh kereta anak2 berkumpul...

Kampung Baru
(Gambar Ehsan En.Google)

Kawasan KL yang dah lama aku tak jejak Bukit Bintang... aduss... rindunya kat BB Plaza... zaman tu Low Yat baru je naik.... Petaling Street pun lama tak jejak.. rindu sangat kawasan tu... dapat pusing2 naik keter pun jadilah... huk!huk!huk!

Petaling Street pun dah baru
(Gambar Ehsan En.Google)


Mak aku selalu angkut aku naik bas mini pegi KL... pegi Chow Kit... jenjalan Pasar Keramat... Pegi Jalan TAR... Jalan Masjid India.. kawasan2 tu memang sampai sekarang aku suka.. walau sesak mana pun.. aku tetap nak pegi.. huhuhu tapi Mr Chinta tak minat gie kawasan sesak cenggitu. 

Selalu kalau naik bas mini... konduktor bas mini tu jerit.. chow kit...chow kit...daya bumi... kota raya...kota..raya...bas no 33 hahaha bestnye zaman dulu naik bas syok..orang2 kita...student2..  sekarang tak best dah.. berhimpit-himpit ngan  warga asing je..

Bas Mini... sebelum ni bas mini warna lain2 ikut kawasan
(Gambar Ehsan En.Google)


Jadi jarang aku pegi kawasan tu lagi. Kalau pusing2 KL.. sekadar duduk dalam kereta pun aku sanggup.. tak tau kenapa aura KL begitu kuat dalam jiwa aku.

Setiap kali jalan KL.. aku akan teringat segala kenangan masa dulu2.. begitu cepat masa berlalu... aku pun dah tua.. dah jadi mak orang pun... agak 15 tahun lagi aku dah ada cucu kot... heheheh.... 

Kat area PJ pun macam tu... banyak kenangan yang mampu membuat aku khayal ke zamal dahulu.. pada aku.. kenangan itu begitu mendamaikan... adakala membuat aku meronta ingin ke zaman dulu.. walaupun pada ketika itu.. aku begitu teruja ingin ke zaman dewasa... 

Bendera Berkibar Megah di Dataran Merdeka
(Gambar Ehsan En.Google)


Sempena Bulan kemerdekaan ni...  aku berharap sangat... Ibu Negara kita Kuala Lumpur sentiasa dijaga dan dikuatkuasakan undang-undang supaya kawasan itu kekal terpelihara... keselamatan sentiasa terjamin dan yang pasti... suasana di Kuala Lumpur tetap dalam suasana kehidupan rakyat Malaysia. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...