KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, 30 January 2015

Belajar Tahfiz Kat Akademi Tahfiz Al-Quran As-Sakinah Putra Perdana, Puchong

Aku dari dulu memang tak putus-putus kaji pasal tahfiz. Memang minat sangat nak hantar anak aku masuk tahfiz. Sasaran utama aku adalah Haiqal.

Sebelum ni pernah hantar Haiqal belajar tahfiz kat sekolah agama dia... tapi bertahan setahun jerk... tak pasti kenapa.. sebab dia memang cakap dia tak nak teruskan tahfiz tu. Mula-mula aku hangin jugak.. sebab aku memang bersungguh untuk terapkan 1 rumah 1 haffiz. 

Sebelum ni pernah jugak aku hantar Along ngan Haiqal join kem tahfiz kat masjid...  memang aku teruja sangat kalau ada program berkaitan tahfiz ni. 

Baru-baru ni aku dapat tahu kat Surau As Sakinah Putra Perdana Puchong ada tahfiz.  Owh ye... tahfiz kat As Sakinah ni kalau sepenuh masa dari pukul 0700am sampai 0930pm. Faktor masa yang tidak membebankan itu membuatkan aku semakin nekad untuk hantar Haiqal.

Kalau ikutkan aku... aku nak Haiqal belajar tahfiz sepenuh masa. Sebab aku rasa dalam tempoh 3 tahun (sekarang Haiqal 10 tahun) sekurang-kurangnya dia mesti boleh hafaz 10 juzuk. Impian aku tu...

Bawak Quran Sendiri

Semalam.. aku bulatkan hati untuk hantar dia belajar kat surau a.k.a madrasah tu. Pagi-pagi siapkan anak-anak.. yang mana sekolah agama.. aku hantar sekolah agama.. yang mana sekolah kebangsaan... aku hantar sekolah kebangsaan. Pas tu terus ke madrasah jumpa ustaz yang uruskan tahfiz tu.

Sebelum tu aku dah mesej  ustaz nak cuba dalam masa 2 hari. Nak tengok kemampuan anak aku. Ustaz pun cakap ramai jugak mak bapak yang cuba hantar nak nengok kemampuan anak2.. Ustaz kata boleh.. so sebelum nak masuk awal bulan lain.. aku cuba ler 2 hari ni.


Makan minum semua kat madrasah.. mandi bagai.... masa pergi tu aku bekalkan dia bantal kecik.. nak pakai utk tidur tengahari. Alatan mandi.. baju..tuala..quran... peralatan tu semua untuk percubaan fulltime.

Semalam... masa nak tinggalkan dia.. dia nanges sikit... keluar air mata.. kekekek takut kot.. aku cakap ler jangan le nanges... ibu hantar angah kat madrasah ni sebab ibu nak angah  berjaya dalam hidup. 

Aku pun terangkan kat dia.. balik nanti bagitau..kalau mampu ikut program fulltime.. ikut ler.. maksudnya aku kene uruskan bab berhenti sekolah. Kalau tak mampu fulltime cukup sekadar part time ajer.

Suasana Yang Tenang

Masa tempoh percubaan ni aku cakap kat ustaz nak amik dia petang... sebelum maghrib gitu... ustaz kata boleh... tapi kalau ari biasa tak leh.. hhmm.. dia kata nanti semua nak balik awal... hehehehe

Petang tu.. lepas balik dari keje... aku bergegas ke madrasah...nak ambik dia... sebab dah janji nak ambik petang. Sampai je kat sana... aku nampak budak2 tahfiz tu tengah dengah tazkirah petang.

Masa nampak angah sekali berkumpul dengar tazkirah tu... hanya TUHAN yang tahu betapa syukurnya aku.. betapa bertuahnya aku... betapa bahagianya aku... nengok anak aku merapatkan diri dengan TUHAN. 

Lepas Tazkirah Asar
(tak tau apa yang diorang sebut..aku sebut tazkirah je) 

Aku terus lambai dia... takut dia tak perasan aku dah sampai. Kang kecik ati lak..dah janji amik awal... Sampai je dia terus kemas beg. Sambil tu dia kata.. "ibu angah tak sempat mandi ngan main lagi" owh... dia dah ada kawan... dia suruh ambik malam. Aku tanya balik.. betul ni... haah... amik malam..  Aku pun balik.. Senang hati jugak aku bila respon yang agak cantik dari dia.

Dah ada kawan

Tak jadi balik petang... dia siap kata lenkali nak bawak bola takraw nak main masa riadah petang. Katanya ada gak kengkawan kat sekolah dia yang belajar kat madrasah. Alhamdulillah... 

Malam pukul 9.30 kelas habis. Lepas tu balik. Sambil dalam kereta aku tanya dia.. seronok tak... dia kata seronok.. esok nak datang lagi tak.. dia kata nak.. tapi.. opss.. bertapi... aku dah resah bila dia sebut tapi.. huhuhu

Angah kata kalau hari rabu ngan hari apa tah dia nak pergi sekolah kebangsaan boleh tak.. aku kata kenapa.. dia cakap saje2..  pada pandangan dan naluri keibuan aku... bila dia cakap macam tu.. itu adalah satu keputusan... keputusan dari hati dia.. ... dia masih mahu ke sekolah kebangsaan. 

Aku buat keputusan untuk hantar dia belajar kat madrasah separuh masa. Petang.. Dari pukul 2.30petang sampai petang... Itu adalah keputusannya.. Semoga apa yang aku rancang untuk Haiqal mampu membuat dia menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Itu impian aku. 

Kepada Angah.. ibu doakan semoga Angah berjaya menjadi seorang huffaz yang berjaya.. Ibu sayang Angah dunia dan akhirat.

Owh kalau sesapa area Puchong nak hantar anak kat madrasah anak aku tu... meh ler.. sebab madrasah tu boleh balik.. kat bawah ni ada poster madrasah yang aku share.


Tahfiz As Sakinah




Tuesday, 27 January 2015

Bekal oh! Bekal

Sekolah dah lama bukak... minggu ni dah masuk minggu ke-3. Alhamdulillah... semuanya ok.. Tahun ni aku rasa macam nak cerita 1 azam tahun baru.. kekekek dah masuk bulan 2 baru nak sembang pasal azam.

Azam aku tahun ni nak sediakan bekal untuk anak-anak aku bawak gie sekolah... kalau boleh dapat buat tiap-tiap hari lagi bagus. Kalau tak dapat buat tiap2 hari... dapat buat 3 kali seminggu pun ok. Hari yang tak sempat tu.. dapat bekalkan roti pun tak pe.

Aku gugel gambar-gambar yang boleh menarik perhatian aku dan menguatkan semangat aku untuk bangun pagi-pagi untuk masak. Semuanya dibuat dengan penuh kasih sayang. Hahahah walaupun ibu diorang garang... selalu naik hantu... tapi dengan  cara-cara ni.. aku pasti anak-anak tau yang aku sayangkan diorang.

Banyak contoh cantik2 yang dapat.. antaranya yang kat bawah ni... mampuih kalau nak buat cantik-cantik. Dengan kene bangun pagi... nak hadap menghias bekal... aku buat seadanya ajer... janji ada.. terlaksana azam aku. Cantikkan.... contok bekalan kat bawah ni.




Aku memang tak mampu nak buat selawa yang kat atas tu. Masa awal-awal sekolah ari tu.. aku pakai je bekas2 plastik yang ada. Tapi bila dah susun atas meja.. macam tak cantik.. kekekek... Aku pun ajak anak2 jenjalan kat Mr. DIY Puchong... cari bekas plastik yang sama. Jom lah nengok makan yang aku bekalkan kat anak-anak aku tu.

Mee Goreng

Mee goreng antara menu yang paling simple. Bangun pagi kupas je bawang putih... ketuk2...tumis letak kicap.. rencahnye aku taruk fish cake ngan sayur. Pas letak dalam bekas... gorengkan telur... dapat le masing-masing bawak gie sekolah.. kenyang... kat kantin sekolah, tak yah rebut-rebut beli makanan. 

2 vs 1


Pulut kuning tu untuk angah ngan along. Nasik goreng tu plak untuk ShahFiq. ShahFiq tak nak bawak pulut.. Aku pakai bekas yang baru beli kat Mr.DIY tu. Seragam je kan.. heheheh


Nugget, sosej, coklat ngan roti sosej

Roti sosej tu aku beli frozen. Pagi goreng ajer. Tepi tu sajer aku letakkan coklat yang parents aku bawak balik dari Mekkah baru ni. Kalau tak kosong je kat petak belah sana tu. 

Bekalan untuk si bujang...ngan bekalan untuk ibu

Pas ni kene selalu fikir apa yang nak dibuat untuk bujang2 aku bawak ke sekolah.. Sekurangnya dapat masing2 makan air tangan ibu diorang yang garang ni..hehehehe





Friday, 23 January 2015

ShahFiq Darjah 1

Sekolah dah masuk 2 minggu aku baru nak update cerita pasal si bongsu masuk darjah 1. Ini pun ada kekuatan nak update blog.

Pagi ShahFiq sekolah agama... pegi sekolah aku hantar sendiri... balik dari sekolah agama tu ada van hantarkan dia gie transit. Aku pilih transit sebelah sekolah kebangsaan jerk.. senang tak yah transport gie sekolah kebangsaan.

Hari mula-mula biasa ler budak darjah 1... buat perangai... nanges... huhuhu aku kene tunggu dia sampai habis sekolah... tapi aku sempat gak lari-lari... kalau tak masak aku duduk tunggu dia...

Beratur

Sepanjang ShahFiq kat dalam tu... mata tak pernah lekang dari pandang aku... tenung macam orang bercinta.. tak puas-puas... hahahaha lahai...anak.... takut betul.. kalau2 ibu tinggalkan ko yek.

Sepet

Tu mata makin sepet sebab menangis.. hahahah manja bebeno anak kecik aku ni. Tobat tak nak beranak kecik dah aku... kekekekek boleh ke gitu...

Ari pertama ni aku uruskan sendiri dia... balik dari sekolah agama... aku amik untuk siapkan sekolah kebangsaan pulak. Sama gak peelnye... nangis jugak masa sekolah kebangsaan tu...

Putera Bongsu

Muka pun tau muka baru kering air mata... heeheheh.... Masa nak gie sekolah ni.. macam-macam alasan untuk dia lengahkan masa.. jam rosaklah... nak cari sapu tangan lah... nak tukar beg sekolah lah... buat aku meradang jerk...

Berhimpun

Shahfiq antara yang menangis masa berhimpun kat dewan ni. heheheh maka aku tak leh hilang dari pandangan mata dia untuk elak dia terus menangis... aduss... penatnye ibu dik... tolong lah.....huhuhuh

Bila dah masuk kelas... aku ikut sampai kelas dia... macam aku kata tu... tak nak bagi dia nanges... pas tu bila dia dah leka sikit... baru aku lari... nak balik.. baring-baring. Tapi kene datang sebelum time rehat. Kalau terlajak tidur... habis alamatnye melalak dia...

Dalam kelas

Tengok tu.. kan aku dah kata... mata dia tak lari dari pandang aku... tak leh lari... bila dia nampak aku dah nak jauh dari tempat aku berdiri... dia terus berlari kat aku... huhuhu tak takut cikgu langsung bebudak sekarang. Kalau aku dulu takut nak bangun dari kerusi.. sampai terkencing ....hahahah 

Waktu Rehat

Masa rehat aku dah siap-siap belikan nasi lemak kat dia. Hari mula2 ramai sangat mak bapak kat kantin. Tak nak dia panik.. aku bawak dia lepak kat kerusi batu. Esoknye baru nak ajar cara beli kat kantin.

Masa makan ni asyik bertanye jerk dia... "Kenapa ibu tak tunggu kat tingkap... kenapa itu... kenapa ini" Last sekali aku cakap aku kene halau ngan mak guard... hehehehe terus dia senyap.

Bila lepas rehat.. aku balik... datang semula sebelum dia keluar kelas... hehehehh tamat episod hari pertama persekolahan... seharusnya.. hari pertama tu macam aku yang sekolah... penat sesangat.. tapi sangat puas hati sebab berjaya menguruskan sendiri anak2... 

Semoga TUHAN terus bagi aku kekuatan untuk menguruskan sendiri anak-anak dan rumahtangga aku. Semoga diberi peluang untuk aku melihat kejayaan anak-anak dimasa akan datang setelah pengorbanan yang aku curahkan kepada mereka. AMIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...