KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, 5 August 2014

Seminggu Berhari Raya 2014

Raya tahun ni panjang jugak cuti. Raya macam biasa... raya pertama kami raikan dekat rumah aku... hehehehe kat Sungai Way. Raya ke-2 baru balik Perak. Memang kebiasaan raya cenggitu..

Sehari sebelum raya..macam biasa...masak-masak... untuk makan kat umah aku semestinya buat ketupat. Lauk lak buat rendang ayam, rendang kerang,  kuah lodeh, kurma ayam ngan kuah kacang... 

 Rendang Kerang


Rendang Ayam

Kelongsong ketupat lak aku anyam sendiri... dalam 40 biji.  Kelongsong tu aku buat sengsorang tau... Mula-mula Mr.Chinta tolong buat...pas tu dia tidow... sempat buat 4 bijik ajer.. alah... serupa macam tak buat... kekekekek
 
Kelongsong Ketupat

Hidangan Raya 
 
Jom Makan

Bila family lelaki dah balik dari sembahyang raya kami pun makan ramai-ramai... Bacaan doa macam biasa.. abah aku baca. Tak lupa sedekah pada mereka yang telah pergi.. 


ShahFiq dan Ketupat

Ketupat Lagi

Permata Dari Syurga

Amik gambar sama-sama diorang... 

Lepas makan-makan... kami bergegas pergi Klang... umah abang ipar aku.. sebab dia kata tengahari dia kerja... kelam kabut tau kitorang kejar dia... last-last..sampai umah dia.. dia tak de... what der.. Dia makan raya kat hotel... sib baik anak bini dia ada.. kalau tak... nak mogok... kekekeke

Bakar Mercun

Raya ke-2 kitorang balik Perak... Tak jenjalan mana pun... duduk umah...makan kuih jerk... malam teman anak-anak main mercun... Pas tu balik Puchong ari raya ke-4 sebab tak moh tempuh jem.. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar... 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...