KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, 26 August 2014

Jalan-Jalan Kota Melaka

Hari ni Hari Terakhir bulan Syawal bagi tahun ni. Sambil tu nak cerita sikit pasal raya ari tu. Aku jenjalan kat Johor. lama dah tak beraya kat Johor. Aku pergi pun dah 2 minggu raya. Ikut Abah aku jengok adik beradik dia. Tapi tak semua sempat jengok.

Lepas balik dari Johor.. Aku jenjalan umah member kat Jasin n singgah kat Tengkera... umah kakak Abah aku. Tido kat Melaka. Pagi esoknya aku jenjalan ngan anak-anak aku kat Melaka. Saja bawak nengok dunia luar.

Gores dan Menang

Mula-mula kena beli tiket. Mr Chinta beli sebuku terus tiket tu. Dia selalu keje kat sana. So lebih tiket tu boleh pakai untuk keje nanti.

Beca Pink

Sambil berjalan nak pegi ke Bangunan Stadthuys..yang warna merah tu... ada 2 bijik beca dok usya kami.. Nengok pakcik-pakcik tegah kayuh beca. Dia berhenti suh naik... anak-anak aku excited nak naik... aku pun ajak Mr Chinta naik...

Sambil naik beca tu aku tanya pakcik tu.. laat ke nak kayuh bawak aku... kekekekek aku sedar diri... kang tak terkayuh lak membawa aku yang berat ni.... Pak cik kata boleh... dah biasa... kalau bawak mat saleh lagi berat.. 

Aku dan Dia

Pak cik amikkan gambar aku ngan Mr Chinta. Laki aku tu memang..kalau amik gambar muka tak reti nak senyum... tak pe..biar aku yang senyum... ngeeeee 

Permata Dari Syurga

Suka anak-anak aku dapat naik beca. Dia suruh pak cik yang kayuh tu pasang lagu. Siap ada lagu beca tu... Pak cik beca tu bawak aku ngan anak-anak jalan kat sekitar situ. Kalau tak penat gak nak berjalan kaki. Tau-tau je lah.. Mr Chinta tu bukan minat kalau gitu.



Menara Jam

 Suka

 Beli Belah

Wah.. masa ni masing-masing tengah banyak duit. Aku siap kata..kalau nak beli pakai duit sendiri.. duit raya banyak... pakai... hehehehe Ada yang beli spek mata.. teropong.. aku lak beli fridge megnet. Aku suka... dah banyak aku kumpul.

A Famosa



Naik Feri

Kami berhenti pakai beca dekat jeti nak naik feri. Bayaran RM30 untuk 1 beca. Kira 2 beca RM60. Ntah mahal ke tidak... tapi bila nengok cara pakcik-pakcik tu layan anak-anak aku... aku rasa ok lah... sama-sama kongsi rezeki. 

Pas tu naik feri lak. Dewasa RM10 bebudak RM5. Pusing Sungai Melaka tu. Bau sungai tu busuk sikit.. ala-ala longkang lak...dengan biawaknya...tapi budak-budak suka.

Abah dan Si Bongsu

Belakang Bangunan

Along n Haiqal

Lepas dah naik feri tu kami pun balik.. Masa dalam perjalanan balik kereta kene tangkap gambar kamera AES... Hahahaa... masa tu aku buat-buat tido..tak perasan kekonon. Apapun Alhamdulillah.. hari-hari kami dibungai dengan kebahagiaan. Semoga berkekalan selamanya...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...