KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, 2 June 2014

Semoga TUHAN berkati kita

Syukur Alhamdulillah.... 31 Mei 2014 ari tu genap perkahwinan aku 11 tahun. Wow... tahniah untuk kami... sebab berjaya mengharungi pelbagai dugaan sepanjang 11 tahun bersama.

11 tahun bersama

Kami dah masuk fasa kedua dalam perkahwinan. Pada aku dalam usia perkahwinan kami sebegini... segala tindak tanduk perlu dibuat berlandaskan kematangan dan kesabaran... seiring dengan bertambahan usia kami sendiri.

Dalam fasa sebegini juga... adalah cabaran untuk membesarkan anak2... memberi pendidikan kepada anak-anak secukupnya.

Pengalaman ketika kami lalui fasa pertama dulu akan dijadikan panduan dan tauladan untuk terus melayari bahtera perkahwinan kami. Pelbagai pengalaman manis yang kami dapat untuk terus melangkah kehadapan dengan penuh keyakinan.

Ada juga pengalaman pahit yang boleh  dijadikan panduan untuk semangat & kekuatan dan ada yang hanya perlu disimpan sebagai lipatan sejarah.

Kepada ibubapa kami...terima kasih kerana tidak putus-putus berdoa agar kami sentiasa damai dan harmoni dalam alam rumah tangga. Sepanjang perjalanan perkahwinan ini juga kami dapat merasai apa yang dikatakan "Berkat doa ibubapa". 

 Kebahagiaan Kami

Terima kasih sangat2. Sesungguhnya ikhlas kami katakan... kami tidak minta title "Kesayangan" dari ibubapa kepada kami dan anak2 kami...hanya keberkatan dari ibubapa yang diperlukan untuk kami terus melangkah maju kehadapan membawa kejayaan seterusnya meraih kegemilangan dunia dan akhirat.

Semoga doa mak dan abah tidak putus setakat ini... kami sentiasa menagih restu dan berkat dari mak dan abah. Kepada semua...  doakan kebahagiaan kami sehingga ke syurga. 

Owh.. itu sebahagian dari isi hati aku...hehehehe... aku sambut anniversary kat Melaka... Padang Kemunting, Pengkalan Balak. Mr.Chinta sewa 3 chalet untuk kami menginap kat sana. Aku sekeluarga... abang ipar aku sekeluarga n mak pak mertua aku. 


Sana pada aku ok... kalau petang2..memang tenang...tak macam Port Dickson. Ramai orang kata kat Pengkalan Balak ni banyak orang lemas.. ha.. memang ada pun...masa aku pergi...dengarnya ada budak mati lemas. 

 Ketenangan Senja

Pada aku tu semua ajal... kat mana2 laut pasti akan ada mengambil nyawa sebagai korban. Perhatian mak bapak perlu semasa anak2 mandi.


Banana Boat

Kat Pengkalan Balak tu laut dia agak lapang....luas jerk.. yang paling seronok...sudah pastinya anak-anak aku.... Pagi bertolak...bawak bekalan dari rumah... sampai sana... terus makan...kebuluq...heheheh. Pas tu terus terjun laut...pas tu mereka-mereka tu naik banana boat... macam-macam aksi yang aku dapat tangkap sepanjang kat sana untuk dikenang sebagai sejarah.

Aku tak de apa nak cerita sangat... Jom kita layan gambar ajer lah....

Mr.Chinta ngan kroni

Mr.Chinta n Shahfiq




Abang Ipar n biras



OK...takat tu je lah.... apapun kepada kaum keluarga yang sudi bersama meraikan hari yang penuh bermakna ni..terima kasih kami ucapkan.... kalau ada kurang sepanjang hari tu...maaf untuk segalanya... lenkali ada rezeki kita jenjalan lagi yek... babai...










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...