KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, 8 May 2014

Cerpen.. Aku budak Sastera.

Ari ni aku nak praktiskan kebolehan aku sebagai budak sastera. Aku sekolah dulu amik course Kesusasteraan Melayu.. niat hanya 1... nak senang lulus SPM. 

Bila lulus SPM leh masuk universiti. Hasilnya aku berjaya jejak kaki kat beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dengan membawa gelaran "budak sastera".

Aku pakai sastera pasar ngok ngek kepala kemik untuk berkarya... pada yang faham.. aku kagum. Pada yang kurang memahami.... harusnya korang bukan budak sastera. heheheheh. Ni cerpen tau... .



Perkakas dan Makanan

Umpama lebihnya sudu dari kuah.. Dikala kuah memaklumkan kepada sudu yang dia kecewa... dipandang hina oleh perkakasan dan peralatan dapur yang lain.. sudu terus memandang kuah... kuah dalam keadaan muka yang kembang kempis menyatakan.... mengapa... kenapa....

Sudu dan Kuah

Sebagai plastik aku berlegar ditepi sudu dan kuah... sambil dituip angin fuhh... terbang kesana... fuhh... terbang kesini... namun aku sejenis plastik yang bertelinga.... hohoho aku dengar cerita...

Plastik

Tiada lain yang mereka katakan.. hanyala seribu pertanyaan.disamping wajah kekesalan dimuka sang kuah.. mengapa jadi sedemikian... bunyinya hanya satu bukankan manis jika antara garfu berhubung dengan kuah menyatakan hasrat garfu.. tanpa melibatkan pemilik perkakas.

Sudu membisu... dikala kuah terus bercerita segala kepayahan hidup.. membuka segala kenangan... sekeras-keras hati  sudu yang pernah dibuang  oleh pemilik perkakas dan perkakas lain  itu menunjukkan mata yang merah.. hohoho sudu ni lelaki ke pompuan... naper jadi macam tu...

Perkakas

Sudu pun melebih-lebih nampak... dihubungnya garfu untuk menyampaikan detik dihati... nada yang cool... memaklumkan... mengapa perkakas seperti pisau...garfu..sudip seolah meminggirkan kuah..meminggirkan keluarga kuah... sedangkan kuahlah yang mengabdikan diri untuk memastikan perkakas didapur berfungsi...

Tiba-tiba angin meniup aku kearah sudu.. fuh..fuh... eh.. ada kipas angin pulak yang menolak plastik... "wei plastik... ko punya baju dah siap" adus... kipas angin ni..spoil betul... plastik nak dengar cerita.. heheheh..  Plastik tak kisah... sebab plastik memang tak minat nak tau... dan tak akan campur... 

 Kipas Angin

Aku sebagai plastik hanya berterbangan... aku tak tergolong dalam kategori perkakasan dan makanan tu.. terbanglah kau wahai plastik.. jangan dekat dengan meja tu.... dunia kau jauh berbeza... pergi... maka plastik pergi tanpa sedikit pun pertanyaan...  

Sememangnya angin akan bertiup... kalau kuat.. kencang lah ia...kalau perlahan..maka sepoi-sepoi bahasa lah dia.... Maka kencanglah angin bertiup... menyampaikan cerita diangin lalu..dengan tona dan nada suara yang tak mungkin sama dengan apa yang plastik dengar... hohoho bukan kerana plastik jatuh cinta dengan sudu... tetapi adakala tona suara dan cara penyampaian kan menimbulkan pelbagai riaksi.

Sudu
Sudu cuma memaklumkan kepada garfu supaya  maklumkan sendiri hasrat garfu kepada si kuah... sudu cuma mahu generasi muda menghormati kuah sebagai saudara yang tua...

Bukan mahu menyekat dan mempertikai rezeki yang TUHAN agihkan... kerana perkakas juga tahu... sudu hanyalah satu perkakas yang suatu ketika dulu tidak pernah dihargai... hanya kuah yang memerlukan sudu untuk memperisakan segalanya.

Sudu memaklumkan... dia sedih mendengar perkakas lain meminggirkan kuah..sedangkan kuah pernah menggantikan peranan pemilik perkakas suatu ketika dulu.

Bila plastik merisik... Sudu memaklumkan.. Sudu,kuah dan mangkuk pernah  bersama mengumpulkan sumber untuk menebus seekor rusa dibawah pokok supaya garfu dan chopstik tidak susah. 

 Garfu

 
Rusa dibawah pokok

 Sememangnya... suatu ketika dulu  sebagai plastik berbising bila sumber kewangan plastik terusik..kenapa sudu kene bagi sumber kat rusa... baik bagi kat plastik..boleh plastik isi badan pastik..supaya kembang... kembong... namun semangat kekeluargaan antara sudu dan kuah utuh itu membuat dia gagah tanpa menoleh bunyi bisikan plastik.. Hasilnya duduklah sirusa di satu daerah nusantara sana. 

 Chopstik

Dikala sudu membawa plastik menghirup udara dinusantara. Telinga plastik tegak mendengar... kuah juga pernah berbunyi... ... garfu nak ambik balik rusa.. ambillah... maka tiada sekatan ke arah itu..dari dulu tiada pernah hasrat itu disekat.

Cuma sudu menyatakan pada kuah... biarkan rusa diambil dengan cara yang baik.. sudu menyatakan perlu garfu berhubung suara.. kerana kuah pernah menyatakan garfu cukup rapat suatu ketika dulu dengan kuah. Kata si kuah datanglah sendiri garfu dan chopstik ambil sirusa supaya ukhwah tetap terpelihara. 

 Pisau

Tiada pernah diusik sudip dan pisau. Cuma sudu menyatakan suara dihati pemilik perkakas kesal tiada sudi pisau menjengok tatkala pemilik perkakas dalam keuzuran. Sudu juga mengaitkan sudip... kerana tatkala pemilik perkakas mendendangkan lagu berkait dengan sudip membuatkan sudu berfikir kepada sang sudip. tiada diucap lain seperti yang didendangkan kepada  si sudip...     

Sudu cuma pertikaikan adab dan layanan kepada saudara tua .. bukan pertikaikan rezeki garfu, bukan megusik pisau malah jauh sekali sudip. Usah dibiar api dendam membakar dapur. Bila dapur mula terbakar..ranaplah salah satu sudut terpenting dalam mahligai.

Sudip

Maka... plastik sebagai bukan perkakas dan makanan hanya mampu diam dan melihat... namun pelbagai anasir yang seolah mahu plastik memaklumkan supaya sampaikan angin lalu kepada sudu.. seharusnya plastik bukan jenis yang suka melaga-lagakan gelaran insan. 

Namun sebagai rakan sepermainan disudut hati plastik juga terasa sedikit terpalit kecewa walaupun tiada memihak kepada mana-mana perkakas didapur.

Maafkan sekiranya  mesej dan perutusan perkakas sekalian tiada plastik sampaikan kepada sudu. Plastik takut jatuhnya hukum fitnah atas perkakas kalian... Percayalah.. dendam tiada membawa pengertian kebahagiaan.

Mangkuk

Tapi percayalah..sekiranya perkakas muda menghormati saudara tua... In Shaa Allah.. keberkatan sentiasa mengiringi. Itu yang plastik amalkan. Walaupun plastik punya saudara tua yang agak sunyi...perbezaan usia hanya setahun cuma... namun kasih sayang yang tiada dipaparkan itu lagi teguh dari kasih yang ditunjuk dengan layanan mesra..bertepuk tampar. 

Plastik juga sering dan tiada pernah lupa yang menganggap perkakas sama seperti saudara plastik sendiri. Kerana itu tiada dendam walau pernah terluka.. kerana kita yang perlu angkat martabat keluarga setinggi-tingginya.

Plastik juga percaya kata-kata pujanga...air yang dicincang tiadakan putus.... Keluarga sendiri perlu didahului maka kebahagiaan itu pastikan berkembang keseluruhan segalanya yang bergelar keluarga kepada kita...

Plastik juga percaya... pada kata insan yang baik-baik.. Adakala TUHAN nak menguji kita supaya kita mengingati tentang wujudnya TUHAN. Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki.. 

Kepada sudu terutamanya, kuah, mangkuk, garfu,sudip, pisau dan pemilik perkakas... Bila kita sentiasa rapat dengan TUHAN..tunduk dengan TUHAN kita mampu mengawal api kemarahan dan keegoan..yang penting bila kita ingat wujudnya TUHAN keberkatan sentiasa dalam lingkungan hidup yang indah kita. 


Maaf jika ceritera ini mengganggu perkakas semua... namun percaya lah tiada semua insan didunia yang sempurna.. dan robohnya institusi keluarga mencerminkan ketidakupayaan pemilik perkakas membimbing dan menyempurnakan tugas. 


Kasihanilah pemilik perkakas.. kelak beliau akan dipersoalkan atas kegagalan itu. Kita yang perlu menyokong pemilik perkakas untuk mereka merasakan mereka telah berjaya mendidik dan mencorakkan apa yang digelar zuriat dan keturunan.

Akhirnya...perutusan ini bukanlah untuk terus menanam api kebencian... cuma mahu diredakan apa yang amarah. Jika tiada mahu keredaan.. bersangka baiklah... Husnuzon..

Hentikan dendam.. bersangka baik....

IN SHAA ALLAH



Puteri Darul Ehsan










1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...