KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, 3 April 2014

Haiqal Masuk Tahfiz

Pergh... lama gila aku tak update blog ni... aku memang dah tak de nafsu nak update blog ni.. sebab tak de mende nak disembangkan. Ye lah idea makin kurang.

Owh..ye... baru ni aku tukarkan Haiqal dari sekolah KAFA ke sekolah Tahfiz. Ntah kenapa..tiba2 lak aku nak tukarkan dia.. aku menyahut satu keluarga satu tahfiz.. heheheh boleh tak cenggitu.

Sekolah Tahfiz pun sekolah KAFA dia... cuma tukar silibus Tahfiz... separuh masa. Buat masa ni aku tak berapa berani nak sahut untuk letakkan dia sekolah Tahfiz sepenuh masa. Bukan tak setuju sepenuh masa tu.. cuma aku rasa perlu keseimbangan jugak.


Madrasah Pra Tahfiz Al-Mansoorah

Masa mula-mula nak masukkan dia Tahfiz.. aku tanye ustaz dia.. boleh ke kalau aku nak switch Haiqal dari KAFA ke Tahfiz... ustaz kata nanti dia nengok dulu Haiqal ni boleh baca Quran dengan betu ke tidak... Lastly ustaz bagi surat yang menyatakan Haiqal boleh join Tahfiz tu.


Rekod Hafazan

Syukur Alhamdulillah... ustaz bagi keyakinan kat Haiqal untuk join Tahfiz tu. Ustaz kata Tahfiz tu ada gak subjek KAFA.. cuma ada penambahan hafazan Quran dalam masa 2 jam...  Ustaz kata kalau ok.. hujung tahun boleh hafaz 6 juzuk.. In Shaa Allah...

Ulangkaji Hari pertama

Semoga Abang Ngah Berjaya

Abang Ngah dengan Quran baru

Bila Haiqal dah ke Tahfiz.. kepala aku dok melayang ke 3-4 tahun akan datang.... kalau ada rezeki aku nak hantar kat sekolah menengah tahfiz berasrama... sama ada kerajaan atau swasta... aku nampak ada Maahad Tahfiz kat kampung Mr.Chinta.. kat Sungai Keli..Hutan Melintang... Maahad tu milik kerajaan negeri. Ada subjek akademi jugak. biar seimbang dunia akhirat...

 Antara Pelajar Maahad Tahfiz Addin

Aktiviti Sekolah.. sejukkan nampak kalau ada antara anak kita duduk kat sini

Semoga peluang dia terbuka untuk belajar Tahfiz . Kalau berjaya dapat pengiktirafan dari Darul Quran lagi bagus... Aku sebagai ibu.. sangat..sangat... mengharap.... Korang semua doakan lah untuk anak aku....
Nanti kalau ada cerita2 best pasal Tahfiz ni.. aku update....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...