KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, 16 April 2014

Ruang Bacaan

Pagi tadi masa tengah gosok baju... sambil dengar radio..ada sagmen Dr Fadzilah Kamsah. Celoteh pasal pupuk semangat membaca pada anak-anak. Dia kata selalu bagi reward kat anak-anak berdasarkan prestasi.

Contohnya..kalau kita kata.. bila pekse dapat markah tinggi dapat hadiah... memang selalu dan dari zaman dulu lagi cara tu dibuat oleh ibubapa. Sama lah jugak ngan aku..

Aku pernah janjikan kat anak2 nak bagi itu..bagi ini.... Cabaran tu ada yang disahut.. ada gak yang lebur gitu jerk... kekekeke

 Xbox.. sampai sekarang tak dapat2 lagi.

Kat umah aku ada ruang bacaan. Asalnya bilik kecik yang diubahsuai. Dijadikan ruang terbuka untuk dijadikan ruang bacaan dan tempat study.


Bersepah

Ruang study diorang memang ler sersepah-sepah. Kalau aku nengok teruk sangat keadaannya..maka aku mengamuk n diorang terus kemas... kekekek

Ye lah..cuba bayangkan kalau tempat nak belajar semak..berserabut... nak belajar pun macam tak boleh sampai ilmu tu kat otak.. ye dak.. hehehehe


Nengok tu.. asah pensil tak reti nak buang kat tempat dia. Nie kalau ada kelapangan masa.. memang harus aku naik hantu.. huhuhu  tapi gambar ni aku snap pagi tadi..lepas jerk aku dengar Dr Fadzilah Kamsah tu berceloteh kat radio.

Rak buku 

Pergh..Serabut

Kamus

Ha..hambik kau

Nengok tu macam-macam pesen kat rak buku tu....  dengan songkoknya..dengan alat tulis bersepah-sepah.. Beg berterabur.. heheheh.. 

Anak2 aku selalu lepak kat ruang study..bacaan ni selalunya lepas sembahyang Maghrib.. untuk ulangkaji pelajaran pas tu kalau kene kuarantin pun diorang akan lepak sini gak... Kuarantin kenapa.. kekekek sebab bergaduh ler... 

Oklah... saje jerk aku ambik point Dr Fadzilah Kamsah tu... kalau tak tak de topik nak update blog yang dah semakin kuram dan bersarang ni... babai.








Thursday, 3 April 2014

Haiqal Masuk Tahfiz

Pergh... lama gila aku tak update blog ni... aku memang dah tak de nafsu nak update blog ni.. sebab tak de mende nak disembangkan. Ye lah idea makin kurang.

Owh..ye... baru ni aku tukarkan Haiqal dari sekolah KAFA ke sekolah Tahfiz. Ntah kenapa..tiba2 lak aku nak tukarkan dia.. aku menyahut satu keluarga satu tahfiz.. heheheh boleh tak cenggitu.

Sekolah Tahfiz pun sekolah KAFA dia... cuma tukar silibus Tahfiz... separuh masa. Buat masa ni aku tak berapa berani nak sahut untuk letakkan dia sekolah Tahfiz sepenuh masa. Bukan tak setuju sepenuh masa tu.. cuma aku rasa perlu keseimbangan jugak.


Madrasah Pra Tahfiz Al-Mansoorah

Masa mula-mula nak masukkan dia Tahfiz.. aku tanye ustaz dia.. boleh ke kalau aku nak switch Haiqal dari KAFA ke Tahfiz... ustaz kata nanti dia nengok dulu Haiqal ni boleh baca Quran dengan betu ke tidak... Lastly ustaz bagi surat yang menyatakan Haiqal boleh join Tahfiz tu.


Rekod Hafazan

Syukur Alhamdulillah... ustaz bagi keyakinan kat Haiqal untuk join Tahfiz tu. Ustaz kata Tahfiz tu ada gak subjek KAFA.. cuma ada penambahan hafazan Quran dalam masa 2 jam...  Ustaz kata kalau ok.. hujung tahun boleh hafaz 6 juzuk.. In Shaa Allah...

Ulangkaji Hari pertama

Semoga Abang Ngah Berjaya

Abang Ngah dengan Quran baru

Bila Haiqal dah ke Tahfiz.. kepala aku dok melayang ke 3-4 tahun akan datang.... kalau ada rezeki aku nak hantar kat sekolah menengah tahfiz berasrama... sama ada kerajaan atau swasta... aku nampak ada Maahad Tahfiz kat kampung Mr.Chinta.. kat Sungai Keli..Hutan Melintang... Maahad tu milik kerajaan negeri. Ada subjek akademi jugak. biar seimbang dunia akhirat...

 Antara Pelajar Maahad Tahfiz Addin

Aktiviti Sekolah.. sejukkan nampak kalau ada antara anak kita duduk kat sini

Semoga peluang dia terbuka untuk belajar Tahfiz . Kalau berjaya dapat pengiktirafan dari Darul Quran lagi bagus... Aku sebagai ibu.. sangat..sangat... mengharap.... Korang semua doakan lah untuk anak aku....
Nanti kalau ada cerita2 best pasal Tahfiz ni.. aku update....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...