KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, 31 May 2013

Ulang Tahun Ke-10

Ari ni genap usia perkahwinan aku 10 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Tanpa simpati masa meninggalkan aku dan seterusnya aku terpaksa imbas segalanya sebagai kenangan.

10 tahun suda

Sepanjang perjalanan kami...banyak suka duka...susah dan payah dilalui bersama... banyak air mata suka dan duka menyaksikan catatan kami berdua bergelar pasangan suami isteri. 

Kepada TUHAN yang maha esa... aku bersyukur ke hadratMU ya TUHAN.. dengan izin MU, ikatan kami semakin teguh.... dengan izin MU.. kami dikurniakan zuriat untuk menyambung keturunan kami....Dengan izin Mu jua kebahagiaan mengiringi bahtera perkahwinan kami.

Aku juga percaya setiap perkahwinan melalui pelbagai pancaroba. Begitu juga dengan perkahwinan kami... Alhamdulillah berkat kesabaran dan kepercayaan kepada Maha Pencipta, segala kesulitan dapat diatasi. 

 Pelangi Yang Mewarnai Dunia Kami

Segala kegagalan kami jadikan tauladan untuk membina jambatan yang kukuh  supaya dapat kami meniti dikemudian hari. Kerana kami tahu... TUHAN nak beri sesuatu yang baik adakalanya datang dari sesuatu perkara yang buruk pada fikiran kita.Hakikatnya TUHAN maha mengetahui.

Jambatan Kukuh Untuk Kami Meniti

Kepada Mr Chinta... terima kasih kerana sabar melayan kerenah aku sepanjang bergelar isteri. Terima kasih kerana rajin memujuk aku dikala aku merajuk... terima kasih kerana menjaga aku ketika aku sakit... terima kasih kerana menjalankan tanggungjawabmu sebagai suami dan bapa...

Aku akan terus berusaha menjadi isteri yang baik.. walaupun aku sedar..aku bukan seorang yang sempurna. Tuhan menggandingkan engkau dan aku untuk saling melengkapi.. Tuhan memberi kita zuriat untuk mengukuhkan lagi bahtera kita. 

 Bahtera


Doakan Pelayaran Kami Berjaya Menuju Syurga

Dan hari ini dengan rasa bangga kita mampu mengibarkan bendera kemenangan atas kejayaan kita mengekalkan ikatan perkahwinan ini dan dengan penuh rasa tanggungjawab kita akan teruskan perlayaran bahtera kita sehingga menuju ke syurga. Amin




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...