KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, 21 November 2012

Al-Fatihah untuk Mak Long

Salam... Minggu lepas Mak Long menghembuskan nafas terakhir..sakit stroke ngan sakit tua... tak silap aku hari Sabtu...lepas Maghrib. Seingat aku.. aku baru balik dari majlis bertunang adik ipar aku... 

Sampai jerk Sungai Way aku terus hadap Mak Long.. masa tu dia ada lagi... aku tak kenal sebenarnya tanda2 orang nak pergi ni... 

Aku suapkan Mak Long susu campur ubat... aku bisik kat telinga dia... "Mak Long...kalau Mak Long sayang Kakak.. Mak Long kena telan susu ni" pas tu dia pun telan air susu tu... aku tak pasti air mata dia mengalir tu sebab apa... 

Sesekali aku nampak air mata menitis.. aku lap... masa tu aku ngan kakak ipar aku.. so kami pun tukar lampin dia... saja2 nak belajar... bukan apa.. hidup ni ibarat roda... semua tu kita mesti belajar.... 

Lepas tu petang tu aku datang lagi... saje.. aku memang suka menyibuk kat umah tu... kekekek... eh gelak lak.... padahal cerita sedih ni...huhuhuu... 

Masa aku datang sekali lagi ramai aku bawak pengikut... ada anak buah aku.. anak2 aku.. adik aku.. kakak ipar ngan adik ipar aku pun ada... saja buat riuh rumah katakan.... dah masuk Maghrib kami berdedai balik... 

Masa dah lepak2 tu tetiba Along Sany... datang... dia panggil abah aku... suh nengokkan Mak Long... Kami pun berdedai seisi rumah ke rumah Mak Long... Rupanya... Mak Long dah tak bernafas... oh.. sedih aku.. down rasanya semangat aku... 

Abang aku ngan Along Sany gie klinik terdekat untuk dapatkan pengesahan doctor... sementara nak tunggu doctor tu hati kami tetap tak leh terima yang Mak Long dah tak de... kami cari nadi dia... last sekali aku suluh mata dia... bila dah tak mengecil anak mata dia.. hati aku dah rasa yang memang dia dah tak de... 

Bila doctor dah sahkan yang Mak Long dah tak de.. laporan polis dah buat  untuk permit pengebumian, baru kami sebarkan berita pada saudara mara Mak Long.. Orang Masjid dan orang yang menguruskan jenazah.

Owh... saper Mak Long ni... aku lupa nak bagitau... dia jiran aku kat Sungai Way... tapi aku rasa hubungan jiran tu dah tak de dalam istilah kamus hidup aku. lebih dari sekadar jiran.. masa mak abah aku kerja... aku duduk ngan dia... lepak umah dia.. kiraye ala-ala pengasuh aku.

 Mak Long

 Bila aku susah ke.. sakit ke.. tak pernah dia tak de kat aku... masa aku bersalinkan anak sulung aku pun dia ada menunggu aku kat spital. Antara wanita yang aku senaraikan terbaik dalam hidup aku....

Pukul 8 pagi aku bergegas pergi Mydin cari kain batik untuk diberi kepada orang yang menguruskan jenazah Mak Long... Aku dengar pukul 10 pagi nak mandikan jenazah.. 

Dalam pukul 9.40 pagi gitu tetiba abah aku tipon.. dia kata Mak Long dah nak dikafankan... apa... eh... nanti-nanti... tunggu aku... jangan kafan lagi.. aku nak nengok muka dia....

Walaupun aku tak cium untuk kali terakhir.. sebab aku ni ntah ler nak kata hapa.. tapi memang tak reti nak cium orang meninggal.. tapi sempat aku nengok muka dia dah cantik untuk menghadap Allah yang satu.

Aku tak gie hantar Mak Long kat kubur.. anak-anak aku ikut abah aku untuk hantar Mak Long ke rumah baru dia. Semoga Mak Long bahagia di sana...

Jenazah diusung ke dalam van (gambar kredit to Pak Tam Is)

Along sedang berucap (gambar kredit to Pak Tam Is)


Abang aku ngan Mr Chinta pun ada.. tapi tak nampak lak muka Mr Chinta..ada kat hujung tu.. (gambar kredit to Pak Tam Is)


Liang Lahad (gambar kredit to Pak Tam Is)


Bersemadilah dikau dengan aman disana (gambar kredit to Pak Tam Is)

Gambar budak kecik dua orang kat hujung tu anak-anak aku.. Mula2 aku tak kasik ikut..ye lah diorang nak ikut abah aku... Abah aku sibuk menguruskan urusan perkuburan...kang deme mengacau haru jugak... ntah macamana lepas jugak 2 beradik tu ikut.

Lepas dah kebumi macam biasa ler... kami uruskan Majlis tahlil.. 3 hari berturut-turut untuk Mak Long... Semuanya berjalan lancar... Alhamdulillah.. terima kasih kepada semua yang membantu menguruskan majlis tersebut.

 Majlis Tahlil

 Menu Majlis Tahlil ke-3


Dah seminggu lebih Mak Long kat sana... aku pohon kepada kalian yang membaca blog aku ni... sudikanlah sekirakan kalian sedekahkan kepada Arwah Mak Long Al-Fatihah... dan aku ucapkan ribuan terima kasih untuk tujuan itu....

Al-Fatihah

Dah sememangnya janji Allah itu pasti... setiap yang hidup pasti akan merasa mati...maka terputuslah segala amalan kita didunia kecuali 3 amalan yang masih diterima sebagai pahala di akhirat nanti walaupun kita dah meninggalkan pentas dunia. 
1) Amal Jariyah
2) Ilmu yang Manfaat
3)Doa dari anak yang soleh

Sekian wassalam...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...