KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, 30 August 2012

Malaysiaku Gagah Gemilang - Salam Kemerdekaan

Esok Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun. Merata-rata nengok rumah kibarkan Jalur Gemilang... kat kereta pun banyak jugak...

Aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia.. Bersama-sama kita mengekalkan keamanan negara dan tanah air tercinta....

Aku pun dah naikkan bendera kat umah..tapi tak sempat amik gambar..nanti kalau aku dah ambik aku update post nie...

Aku juga terpanggil untuk mengibarkan Jalur Gemilang kat blog aku sempena Hari Merdeka ini... Aku kat kaya dengan semangat patriotik...miahahaha..... betul apa.... kekekekek










Wednesday, 29 August 2012

Raya Aidilfitri 2012

Salam Aidilfitri.... Malas nak update blog sebab mood raya masih kuat lagi. Macam biasa aku raya pertama raya kat Sg Way...

Malam raya kat Sungai Way biasanya ada takbir... orang masjid datang dari rumah ke rumah bertakbir raya.. 

 Takbir 

Kat Luar Rumah

 Nak Gie Sembahyang Raya

Menu tahun ni sama cam tahun2 sebelumnya...Ketupat...wajib ada ketupat... Lauk dia rendang...kurmak ayam..kuah lodeh...kuah kacang ngan sambal sotong...

 Ketupat

Tahun ni tak de kari daging... selalu ade jerk... aku mood malas nak masak kari... daging tak berpotong pun ye jugak..

Abah tersayang...tengah baca doa Hari Raya... Dia tengah sebak bila sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Atuk aku.


Mr Chinta

Anak-anak aku

Aku dan ShahFiq

Kami

Apsal aku nengok muka laki aku cam kesian jerk...kekekeke

Petang-petang raya pertama tu aku balik Perak lak... tahun ni balik awal sebab Mr Chinta nak gie umah pak sedara dia kat Lumut raya ke-2 tu.... lenkali aku upload gambar kat Perak lak....



Sunday, 19 August 2012

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri aku ucapkan kat semua yang sudi menyinggah di blog aku. Dikesempatan ini aku memohon maaf zahir dan batin jika berlaku terkasar bahasa dan perilaku sepanjang pembabitan aku dalam dunia blog.


Kepada yang mengenali diri aku secara zahirnya..aku juga memohon maaf dan seribu keampunan sempena Hari Raya ini...

Salam Kemaafan dari aku untuk semua.....


Thursday, 9 August 2012

Projek Naik Taraf Tembok Rumah

Balik tengahari nak urus anak2 sekolah tadi dah ada orang tengah buat keje. Nak naikkan batu tembok umah aku tu. Ye lah dah nak masuk 2 tahun aku duduk umah tue. 

Sebelum ni pakai pagar cawat hijau tu... pas tu jiran sebelah buat umah...terbengkalai...dengan pagar2 hijau aku tu dia cabut buang... abis tak berpagar umah aku...kekekekek.. 

Ni amik dari beranda... segan lak aku nak snap gambar2 tu..kang pekerja tu perasan kata aku nak amik gambar depa lak... 

Bancuh simen

Ni aku curi amik dari bilik solat. Cermin hitam..derang tak nampak...kekekeke dah nampak cam orang gila angau... nak amik gambar curik2...

Ni laluan dekat dapur... selama ni kalau aku masak , aku tak pernah bukak pintu ni... sebab tanah pasir gitu... banyak siput babi... 

Sekarang ni dah tampal simen... seronoklah aku masak...sambil siul2...bukak pintu...kekekekke. Tinggal 2 kaki jerk ruang tepi umah ni...tu pun buat syarat yang wajib dipatuhi. 

Kalau umah semi D kene tinggalkan 3-4 kaki ruang tepi umah...tapi umah aku tinggal 2 kaki jerk....

Bahan mentah



 
Pasir dan batu bata


Lepas ni dah tak risau le kalau Mr Cinta out station ke... umah masuk hanjing ker..kekekek sebab dah bertembok umah aku... Alhamdulillah syukur nikmatMu Tuhan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...