KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, 30 July 2012

PUASA TAPI TAK SEMBAHYANG


Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"

Beliau rahimahullah menjawab:

"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.

'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]



Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.
[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
***
Penterjemah: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id

Tuesday, 24 July 2012

ShahFiq Layan Wali Band

Ari Jumaat ari tu aku cuti.. so duduk umah ngan ShahFiq. Sambil aku kemas2 apa yang patut kat umah tu...tetiba aku nengok si ShahFiq terpusing sana...terpusing sini...

Bila aku dekat ngan dia, rupa2nye dia dok melayan lagu Wali Band-Ya Allah... siap cari year phone lagi. Mana dia jumpa aku pun tak tau.


Dengan tak berbajunye... dengan botolnye...dengan rabbitnye

Buat tak tau jerk aku tengah amik gambar dia.


Sebelum ni dia asyik suruh abah dia bukakkan lagu ni pakai tipon. Hmmm pendek kata tipon abah dia memang kat tangan dia ajerk. Semata nak dengar lagu ni.

So Mr Cinta pun masukkan dalam play station. Bila dia dah tau bukak sendiri pakai benda alah tu.. memanjang jerk lagu ni berulang-ulang. 



Memang si ShahFiq ni minat lagu2 berunsur islamik..heheheh dia kan duduk ngan atuk dia... Nazir Masjid... lagu cenggini terpahat kat sanubari dia...ceewah.... Kalau duduk ngan ibu mesti dia selalu layan lagu jiwang...hik!hik!hik!...

 Macam-macam stail

Ni dah habis boring le ni... sementara nak tunggu Along ngan Abang Ngah dia balik sekolah..layan jerk le lagu... Nanti malam nak gie semayang Tarawikh pulak...

Kami nak Sembahyang Tarawikh


Kesempatan ini aku ucapkan Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog aku. Terima kasih kerana beri sokongan untuk terus aku membebel di alam siber ini.






Monday, 23 July 2012

Jamuan Menyambut Ramadhan

Khamis lepas opis aku buat jamuan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Jamuan 'Potluck" Masing-masing yang join bawak makanan... tapi ada gak yang bawak diri... biasa le tu dah ramai-ramai mesti ada yang mengelat..ye dak...ngee....


Aku bawak telur rebus... wakakaka telur jerk... huih.... kalau tak de telur tak lengkap menu hang tau. Menu utama nasik lemak. 

Pas tu ada mihun.. roti canai.. spegetti...pulut kuning pun ada..pendek kata macam-macam ada.. Jamuan macam ni boleh mengeratkan silaturahim..nak-nak Ramadhan dah datang... supaya jangan ada yang masam-masam muka...

Kek Secret Recipe

Bos-bos yang bergaji beso sponsor duit...Bagus gak depa sponsor duit sebab duit yang big boss bagi tu boleh kami beli kek... secret recipe... dapat 2 bijik lagi...  

Terima kasih kat boss2 yang sponsor wang... sekurang-kurangnya dapat le aku makan kek walaupun aku tengah pantang makanan yang manis2 tu... tapi sempena menyambut Ramadhan ni aku makan jugak..kekekekke


Boss Tengah Berucap


Mak Pengantin

Nengok tu.. buah epal bergolek-golek... ada kek pisang... tembikai yang begitu tinggi kandungan karbohidratnye...kekekekek kantoi diet Mak Jemah.

Geng-geng

Nengok tu...kek betul2 depan aku... memang murah tol rezeki aku.... aku pun tak hingat ntah hapa ke nama kek tu.. tapi manis sih.... sedap... nikmat.....


Akhir sekali Mak Jemah tayang body... deme kata Mak Jemah dah kuruih...bukan aku yang ngaku...kekekek tapi jangan kutuk hek.. tak kurus mana pun.... lengan mengelembung lagik...kekekek.. kalau nak puji...pujilah... aku memang suka dipuji...muhheheheh..Jangan Mare....







Wednesday, 18 July 2012

Haiqal Potong Kek

Ari Sabtu lepas Mr Cinta belikan kek untuk Haiqal sempene hari jadi dia 10 Julai ari tu. Bacaan doa selamat untuk Haiqal oleh atuk dia sendiri. memang tiap2 kali besday cucu dia.. abah aku yang akan bacakan doa.


ShahFiq yang selalu menempel kat Atuk dia....


Tengah meng"amin"kan doa



Makanan yang simple aje... sebab dah petang dalam pukul 4 lebih... so masing2 tengah kekenyangan. Aku belikan roti pizza... puff..jajan...kacang2 n muffin untuk penuhkan meja ajer.

Potong Kek





Senyum lebar ko hek.... hhmmmm lepas ni cuba ko buat hati ibu berbunga n ibu selalu senyum macam Abang Ngah ni boleh tak... Jangan selalu buat benda yang mendatangkan ibu marah... kekekeke

SeLaMaT hArI jAdI 

ABANG NGAH..... 



BE A GOOD BOY


Tuesday, 10 July 2012

Selamat Hari Jadi Shah Haiqal - 7 Tahun

Hari ni genap 7 tahun anak aku yang ke-2. Belum lagi fikir nak buat apa untuk dia.. Kalau zaman tadika dulu boleh buat jajan bagi kat kawan2 sekolah... 

Dah sekolah rendah ni leceh lak nak buat cam tu.. harus sepanjang hari tak mau menumpu perhatian cikgu mengajar...



Di kesempatan ini aku ucapkan Selamat Hari Lahir pada Haiqal a.k.a Angah. Semoga menjadi anak yang baik..dengar kata... dan tak selalu buat ibu naik hantu...


Haiqal

Semoga keberkatan sentiasa mengiringi anak aku dunia dan akhirat. Sentiasa dipermudahkan urusan yang baik... Sayang Angah selalu....muahhhh....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...