KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

Malam tadi anak2 sibuk cari hadiah untuk sambutan Hari Guru kat sekolah. Alih-alih aku bawak kat kedai 5 hengget. Masing2 beli 2 jenis hadiah. 

 Hinode Shop

Aku pergi kat Carrefour Puchong. Kat situ paling dekat ngan umah aku.

Aku beli bende alah ni ngan pasu untuk Along ngan Haiqal 2 beradik

Pagi ni Along ngan Haiqal sekolah pagi... awal2 lagi derang bangun sebab nak sambut hari guru.. hmmm macam aku dulu2... seronok kalau ada apa2 sambutan kat sekolah... walaupun kelat mata pagi2 nak celik... tapi seronok.

Lepas mandi selesai semua.. nengok2 jam baru pukul 6.50 pagi.. huk aloh... awal lak siap... Lepas hantar sekolah.. aku gie bercinta ngan Mr. Cinta kat kedai mamak sementara nak tunggu pukul 7.30 pagi... nak pegi keje masing2...


Dan kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru aku yang mendidik dan mengajar aku segala ilmu yang baik sama ada secara langsung atau pun tak langsung.. 

Sesungguhnya segala ilmu yang kalian curahkan akan aku manfaatkan untuk memperolehi cahaya dihari muka. Terima kasih yang tak terhingga dari aku sebagai  anak murid yang telah mengutip segala ilmu itu. Semoga guru2 ku sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dariNYA. 

Kepada guru2ku yang telah menyahut panggilan Illahi.. ku doakan semoga berbahagia kalian disana... akan aku manfaatkan sebaiknya ilmu yang telah kalian beri untuk kalian peroleh manfaat disana kelak..








2 comments:

  1. selamat menyambut hari guru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Semalat juga untuk Kazman/Sue

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...