KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, 8 August 2011

Bertimbang Rasa Amalan Mulia

Semenjak Bulan Ramadhan nie ramail orang kat opis aku tukar waktu masuk opis. Dari 8.00 pagi ke 7.30 pagi. Maka kat basement pagi2 lagi  dah penuh. 

Owh... pepagi ni bukan aku menafikan yang petak parking tu penuh... sajer je nak ingatkan kat segelintir insan2 yang kadang-kadang agak  lupa. Ye lah.. kita ni jenis yang bukan jawatan tinggi... maka kat opis tak de ler petak parking khas yang diperuntukkan. 

Pada yang sememnganya macam aku nie... selalunya parking kat petak pelawat... kalau petak pelawat penuh maka kalau ada ruang yang tak mengganggu gugat kelancaran perjalanan kenderaan lain... maka kami pun lepakkan kereta kami kat situ. Tapi ada segelintir antara kami yang agak terlupa ruang cenggitu sepatutnya boleh dikongsi bersama...


Kereta ni kalau tuan/puan kedepan sikit boleh kereta belakang tu parking elok2. Nengok terjulur bontot kete persona purple tu...


Macam kenderaan nie... kawasan yang tuan/puan letak kenderaan tu sepatutnya boleh diletakkan 2 buah persona...bukan satu...


Kita syer boleh tak parking nie... boleh lar... boleh lar...

 Kalau boleh kedepankan sikit kereta tu... biar orang lain boleh parking kat belakang. Memang ada pihak akan kata.. kalau dah tak de parking ... cari le parking kat bawah pokok ker... khen... Kadang2 kalau kereta lain parking cara berhemah... kenderaan2 yang tertera ni.. pandai pulak landing belakang kereta lain tu...

  Aku faham kenderaan2 korang tu baru... sayang bangeeettt!!! tapi kene ada jugak hormat pada insani... jangan hanya jaga kereta jerk... hati insan sekeliling tak jaga... tapi apa yang pasti BERTIMBANG RASA ADALAH AMALAN MULIA... nak2 bulan2 puasa nie....

Tak salah aku rasa kalau pihak tuan empunya kenderaan memikirkan apa yang aku fikirkan... Apa kata lepas ni tuan/puan dapat tempat tu... syer tempat tu ngan orang lain... boleh...boleh.... Apapun mintak mahap ye.. kalau tuan empunya kenderaan terbaca entry aku nie... 





2 comments:

  1. btul3..patutnya jgn la pentgkan diri sendr kan..

    ReplyDelete
  2. lavenderlover

    tulah.. lain orang lain pemikiran

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...