KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, 14 June 2011

Gegaran Kat Putrajaya

Pagi tadi masa aku sesorang duduk kat opis tiba-tiba meja aku goyang sikit... masa tu aku memang rasa ada gegaran berkemungkinan gempa bumi. Bukan sebab apa.. memang dah biasa khen kat Putrajayan ni bergegar. Tapi kat opis aku nie tak de pulak yang gempa sampai keluar bangunan. 


Memang kuat gegar dia.. sebab sampai meja aku boleh bergegar.... Member aku pun ader rasa tapi... Pak Cik sorang kat sini boleh tanye kitorang dah telan ubat ke tidak pagi nie... dey.....memang bergegar lah... aku bukan gila tau... memang bergegar... miahahahha......

Pejabat aku yang bergegar tadi


Nie ada berita pasal gegar yang aku ambik dari Utusan Online

Penduduk ibu kota gempar rasai gegaran

14/06/2011 12:01pm

KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 8.23 pagi.

Menurutnya, berikutan itu, bangunan seperti Menara Dion dan Kenanga di Jalan Sultan Ismail serta Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Bangsar telah diperiksa sebanyak dua kali untuk tujuan keselamatan. - Utusan




3 comments:

  1. saya kerja kat tingkat tiga kak.tak rasa apa2 :)
    tapi org tingkat atas2 rasa lah :)

    ReplyDelete
  2. sesegar

    owh ye ker..keje kat MOA ke JPV.. saya kat JPV tingkat 5...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...