KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, 6 May 2011

Selamat Hari Ibu

Tadi sibuk anak-anak aku sebut Hari Ibu...pas tue Along sibuk nak buat kad ngan nak bagi hadiah kat aku. Aku kata tak yah hadiah pun tak pe lah Along. Janji buat bende yang ibu suka. Tu kira hadiah jugak.. dia angguk kepala tanda setuju ler tue... 


Bahagia rasanya bila anak-anak dah tau menghargai kasih sayang kita. huhuhu terharu gitu.. walaupun ibu korang ni suka menjerit.. naik hantu bagai.. tak lupa korang nak rai Hari Ibu nie hek anak-anak. Baik anak-anak ibu.. Ibu sayang sangat kat korang semua.


Dikesempatan ini aku jugak nak mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu tercinta Hjh. Siti Zainab binti Abdul Majid. Segala pengorbanan emak terhadap kami adik-beradik tidak dapat dibalas. 


Aku tahu emak banyak berkorban duit ringgit...tenaga... malah aku pun tahu emak dapat penyakit darah tinggi pun sebab perangai kami dulu pun macam anak-anak aku.. ngehehehe....


Dulu pun mak suka menjerit macam aku menjerit kat anak-anak aku.. Hasil jeritan mak aku yang ala-ala Tarzan tu lah aku dan adik beradik aku mampu untuk hidup selesa walaupun tak kaya raya...

Ibu Tercinta.. Hjh Siti Zainab

Mak... walaupun dulu mak garang yang amat... tapi aku tetap sayangkan mak.. aku akan lakukan apa saja demi kerana emak. Aku juga menyeru kepada saudara-saudaraku

MOHD FADLY KHALIL
MOHD ZARIR KHALIL
MOHD ZAFRAN KHALIL
MOHD ASYRAF KHALIL

mari kita julang dan martabatkan kasih sayang  insan ini sebagaimana dia telah berkorban untuk martabatkan kehidupan kita sebagaimana kita berpijak dibumi yang nyata kini..

 Tak lupa juga kepada Ibu Mertua.. Selamat Hari Ibu... terima kasih kerana menerima diriku seadanya. 

Kepada mereka-mereka disana.. sayangilah ibu kita sebagaimana mereka menyayangi diri kalian





3 comments:

  1. touching gak baca ko nyer luahan hari ibu ni....

    ReplyDelete
  2. Shuqitza

    Luahan dari hati ke hati

    ReplyDelete
  3. Ibuu... Ibuuu.. engkau lah ratu hatiku...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...