KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, 30 March 2011

Riadah Petang Kat Tasik Cyberjaya

Sebelum ni aku dah pernah janji kat anak bujang aku nak bawak derang gie Tasik Cyberjaya. Hmmm suke jer derang bila aku dah berjanji gitu. Ni adik aku ler yang kenalkan taman tu kat derang. Selalu di mulut-mulutkan bila nak bawak derang gie tasik tu.



Petang semalam aku pun bawak derang gie Taman Tasik Cyberjaya tu. Tu pun aku siap bawak baju.. lepas amik derang dari sekolah agama.. terus suruh tukar baju dalam kereta.



Masa ambik derang sekolah agama... aku hangin betul... Haiqal menangis sebab orang buli dia. Aku apa lagi.. jumpa budak tu... sib baik ramai orang.. jadi aku slow talk je ngan budak tu.. kalau tak de orang.. memang nahas budak tu aku kerjakan. Pandai-pandai korang buli anak aku hek...



Sebenarnya aku tak tau pun jalan ke Taman Tasik Cyberjaya tu.. aku pun redah jerk ikut jalan belakang rumah yang baru bukak. Hmmm.. memang tak jauh pun dari rumah. Bagus betul.. sejak jalan belakang tu bukak, banyak memudahkan dan menjimatkan aku.



Mula-mula sampai aku suruh derang warm-up.. hehehe derang nak jogging konon. Si Haiqal tu kata dia nak kurus.. nak selalu jogging. Sian anak aku tu.. Tak pe lah nak... ko debap pun lawa... belajar rajin-rajin nanti keje gaji beso.. orang tak pandang ko punye perut tu.. derang pandang poket ko aje... alahai... melalut pulak aku ni...



Ni masa baru sampai




Tengah buat aktiviti regangan


Ha... korang nak sangat jogging khen.... silakan....


Along tengah berlari dalam bulatan


Miahahaha!!! :lol: Haiqal dah tertinggal kat belakang... tapi dia kata.. "Haiqal...Haiqal tak moh kalah" maka dia pun ngelat.. cross kat tengah-tengah bulatan.


Tengok tu.. Haiqal dah kat depan... heheheh




Rehat Jap


Nak gie main kat playground




Pas main tu derang ajak jenjalan kat tepi tasik.


Tengok apa aku jumpa kat tasik tu... teratai... huhuhu sukenye aku... aku nak ambik tapi tak dapat sebab akar dia kuat tertanam kat lumpur. Nanti sekali lagi aku datang bawak sodok... aku nak ambik jugak pokok tu. Memang aku dah mengidam nak pokok ni...Dah tanye kat nursery pokok ari tu tak de jual... nak pergi Sungai Buloh jauh.. ni dekat je .. tapi kene ambik sendiri ler...


Lepas dah puas jenjalan.. tiba masa nak balik. Haiqal suruh aku ajar dia macamana nak kurus...



hahahaha... aku nak gelak.. guling-guling pun ada...

wahai anakku sayang.. kalaulah ibu korang ni tau macamana cara nak kurus.. memang dah lama ibu korang ni kurus.


Sit up... nengok tu kaki aku. kene tekan kaki dia sebab kalau tak tekan tak naik kepala dia ke atas... anak-anak... ko ni memang suka buat orang ketawa dan menyinga.


Haiqal lagi







Oklah anak-anakku.. dah nak malam.. jom kita balik. Nanti lambat sampai rumah abah membebel... lain kali kita gie lagi. Akan datang ibu nak pegi dengan misi mengambil pokok teratai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...