KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, 30 March 2011

Riadah Petang Kat Tasik Cyberjaya

Sebelum ni aku dah pernah janji kat anak bujang aku nak bawak derang gie Tasik Cyberjaya. Hmmm suke jer derang bila aku dah berjanji gitu. Ni adik aku ler yang kenalkan taman tu kat derang. Selalu di mulut-mulutkan bila nak bawak derang gie tasik tu.



Petang semalam aku pun bawak derang gie Taman Tasik Cyberjaya tu. Tu pun aku siap bawak baju.. lepas amik derang dari sekolah agama.. terus suruh tukar baju dalam kereta.



Masa ambik derang sekolah agama... aku hangin betul... Haiqal menangis sebab orang buli dia. Aku apa lagi.. jumpa budak tu... sib baik ramai orang.. jadi aku slow talk je ngan budak tu.. kalau tak de orang.. memang nahas budak tu aku kerjakan. Pandai-pandai korang buli anak aku hek...



Sebenarnya aku tak tau pun jalan ke Taman Tasik Cyberjaya tu.. aku pun redah jerk ikut jalan belakang rumah yang baru bukak. Hmmm.. memang tak jauh pun dari rumah. Bagus betul.. sejak jalan belakang tu bukak, banyak memudahkan dan menjimatkan aku.



Mula-mula sampai aku suruh derang warm-up.. hehehe derang nak jogging konon. Si Haiqal tu kata dia nak kurus.. nak selalu jogging. Sian anak aku tu.. Tak pe lah nak... ko debap pun lawa... belajar rajin-rajin nanti keje gaji beso.. orang tak pandang ko punye perut tu.. derang pandang poket ko aje... alahai... melalut pulak aku ni...



Ni masa baru sampai




Tengah buat aktiviti regangan


Ha... korang nak sangat jogging khen.... silakan....


Along tengah berlari dalam bulatan


Miahahaha!!! :lol: Haiqal dah tertinggal kat belakang... tapi dia kata.. "Haiqal...Haiqal tak moh kalah" maka dia pun ngelat.. cross kat tengah-tengah bulatan.


Tengok tu.. Haiqal dah kat depan... heheheh




Rehat Jap


Nak gie main kat playground




Pas main tu derang ajak jenjalan kat tepi tasik.


Tengok apa aku jumpa kat tasik tu... teratai... huhuhu sukenye aku... aku nak ambik tapi tak dapat sebab akar dia kuat tertanam kat lumpur. Nanti sekali lagi aku datang bawak sodok... aku nak ambik jugak pokok tu. Memang aku dah mengidam nak pokok ni...Dah tanye kat nursery pokok ari tu tak de jual... nak pergi Sungai Buloh jauh.. ni dekat je .. tapi kene ambik sendiri ler...


Lepas dah puas jenjalan.. tiba masa nak balik. Haiqal suruh aku ajar dia macamana nak kurus...



hahahaha... aku nak gelak.. guling-guling pun ada...

wahai anakku sayang.. kalaulah ibu korang ni tau macamana cara nak kurus.. memang dah lama ibu korang ni kurus.


Sit up... nengok tu kaki aku. kene tekan kaki dia sebab kalau tak tekan tak naik kepala dia ke atas... anak-anak... ko ni memang suka buat orang ketawa dan menyinga.


Haiqal lagi







Oklah anak-anakku.. dah nak malam.. jom kita balik. Nanti lambat sampai rumah abah membebel... lain kali kita gie lagi. Akan datang ibu nak pegi dengan misi mengambil pokok teratai.

Monday, 28 March 2011

Selamat Datang...Baby Salia

Tahniah kat member aku sebab baru melahirkan anak pompuan yang ke dua. Hari Jumaat dia beranak. Kat spital Putrajaya. Berat baby 3.18 pukul 1.22 petang.. wow... tue mesti anak dia berangin macam anak kecik aku.. maklum ler tengah matahari mencanak dia keluar ke dunia yang penuh pancaroba.

Tak lama pun aku jenguk dia kat spital sebab family laki dia ada. So tak nak mengganggu.. aku pun nengok kejap jer.. gie ngan Haiqal. Sempat amik gambar dia ngan baby...



Wad 2A



Katil 10



Baby girl... somelnyer........



Ni mak dia.. belum comey lagi.. hik!hik!hik! :lol:



Ni body guard aku masa aku gie spital ari tue.



mama ngan baby dia....

Semoga baby jadi insan yang berguna..tak lupa pada pencipta yang esa..patuh pada nasihat ibu bapa... rajin belajar... jangan nakal-nakal.... semoga baby tabah melalui  liku-liku kehidupan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat...

Gotong Royong Sekolah Haiqal

Semalam pagi sekolah Haiqal ader gotong royong. Gotong royong tu bukan student dia yang kene buat keje tapi mak bapak dia yang kene kerah.

Aku laki bini pun keluar awal pagi sebab nak join gotong royong. Kalau tak pegi sian anak aku tu.. nanti kawan2 cerita pasal gotong royong dia tak de cerita plak. Aku kan seorang ibu yang prihatin.. miahahah!!! :lol:


Hubby tengah tunggu kene kerah....



Sinki rosak.. hubby tengah betulkan sinki. Kat sinki ni cikgu tadika tu kata.. budak2 gosok gigi... sian budak2.. mesti basah bila bukak paip khen.....



Gotong royong dah start





Haiqal yang aku kerah cabut rumput tepi dinding sekolah dia.... heheh kiut si debab aku nie....



Cuci longkang pulak...



Cantiknya bunga ros... macam nak ambik bawak balik je bunga ni....bunga ni member anak aku bawak... sebenarnya setiap student kena bawak satu pasu..



Nengok banyakkan pasu.... Haiqal pun ader bawak gak....



Bergaya dengan pokok yang dia bawak.. heheh kurus jerk pokok ros dia.. tak padan ngan tuan. Sebenarnya puas dah aku bela pokok tu.. taruk baja.. segala baja dah taruk... tapi tak mau segar jugak pokok ni.. alih-alih bawak kat sekolah ko je lah Haiqal...

Siap gotong royang dalam pukul 11.30... pas tu balik...

Tuesday, 22 March 2011

Selamat Hari Jadi Sayang


Hari ni genap umur Hubby aku yang ke 31 tahun. Wow dah banyak kalau dikira... maksudnya apa tu. Apapun aku sebagai isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat hubby ku.




Semoga panjang umur dan murah rezeki


Semoga segala kehendak yang baik dimakbulkan NYA


Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya


Semoga kasih sayang yang terjalin sentiasa berlandaskan keikhlasan dan kejujuran.



Suami tercinta




Sayang...sayang...sayang...sayang...sayang....


Friday, 18 March 2011

Entry Entah Hapa-hapa Ntah

Sebenarnya aku tak de cerita nak sampaikan kat sini. Sekarang aku kekurangan idea. Sampai ader member aku kata dah lama aku tak update blog. Hehehe... kekurangan idea... So aku cuma masukkan gambar untuk penuhkan entry kali ni... ampun ye korang-korang semua...

Ni saje je aku suh ShahFiq posing kat water feature....



Lain kali kalau aku ada idea n cerita aku update lagi hek...

Thursday, 10 March 2011

Water Feature

Aku berjaya jugak dapatkan set water feature. Sebelum ni memang aku nak beli tapi mahal. Tapi aku dapat murah kat nursery Kak Yati. Aku beli satu2.. mula-mula aku beli yang ini...


Water feature ni tak payah pakai kolam.. tapi  sebab aku teringin nak ada kolam kat rumah n nak dengar ader bunyi ala-ala air terjun.. aku pun tukar benda alah ni kepada yang macam ni


Yang macam ni ada muncung untuk air tumpah ke bawah... hmmm suke... suke.... nasib baik ler tokey tu bagi tukar. Hehehe aku dah biasa beli bunga kat situ... kira boleh lebih kurang ngan aku.

pas tu aku beli kolam bawah pulak... bila dah gabungkan jadi macam ni.




Belum dihias sepenuhnya benda alah ni. Aku nak ubah dia kat tempat lain. Sementara tu letak jer kat car porch.

Owh ye... penyapu kat tepi tu sila abaikan yerk.


Kalaulah aku berjaya buat macam ni... heheheh simple but nice... ha.. berangan lagi ko fadliza... kui!kui!kui! :lol:

Friday, 4 March 2011

Cucu-cucu Bapakku

Lamanya aku tak buat enrty. Kali ni citer pasal nak amik gambar cucu-cucu bapak aku. Ye lah sebab sebelum ni ader gambarnya tapi tak dapat kumpul semua. Ada yang tak cukup sorang.. ada yang pandang tempat lain.. kira berterabur ler.

So tiba2 tergerak hati nak amik gambar derang. Tapi tak pakai baju lawa pun masing-masing. Hanya untuk koleksi mak ngan abah aku... 

Tak tau nak citer apa lagi....Apapun kita layan gambar je lah...

Ish.. tak reti nak duduk diam

Nengok tu.. nak amik gambar pun boleh gaduh lagik.



Yang baju hitam tu planner. Planer yang gagal mententeramkan budak2.

Masing-masing dah boring. Asyik tak jadi jerk... Macamana nak jadi.. korang ni gedik-gedik belaka...

Dan Akhirnya berjaya tangkap gambar derang. Semua pandang kamera. Bagus 3X. Projek kita berjaya lah Erna(Planner).


Gambar yang dibingkaikan untuk tatapan mak ngan abah aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...