KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, 25 February 2011

Selamat Hari Jadi Muhamad Shah Daniel


Hari ni 24.02.2011 genap umur anak sulung aku 7 tahun. Alhamdulillah... dah makin besar anak aku.Seperti ibu2 yang lain.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak aku..

Semoga Along jadi anak yang baik, anak yang berbakti untuk agama dan negara.  Dengar kata ibu ngan Abah. Semoga Along panjang umur dan dimurahkan rezeki.. mencapai apa jua kehendak yang baik. Sentiasa mendapat rahmat dariNYA.

Along kene rajin belajar..rajin pergi sekolah... kerana dengan ilmu kita akan dijulang.. dengan ilmu kita akan dipandang dan dengan ilmulah kita mampu merealisasikan apa yang kita impikan.

Muhamad Shah Daniel bin Muhamad Juraimi

Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan Along. Ibu sayang sangat kat Along... Sayang 2..3...4....5.... kali sayang.... Selamat Hari Jadi Sayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...