KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, 23 February 2011

Khazanah Alam

Aku memang minat kat pokok-pokok. Terutama jenis akuatik. Pokok air le tu... Tenang jerk bila nengok pokok yg kita jaga sihat.. berbunga....

Antara pokok yang menarik perhatian aku....


Ni pokok melati air. masa beli tu colour dia agak kuning sikit. Tapi memang aku minat pokok nie. Sebelum ni aku pernah ambik kat jiran mak aku kat Sungai Way. Tapi jenis tirus daun dia. Tak hidup pun.. Pada firasat aku sebab tak hidup adalah... sebab aku amik pokok tu tak mintak kebenaran dia.. huhuhu kira ala2 curik kot.. :lol: padan muka aku... saper suruh amik tak bagitau...


Aku dengan penuh kasih sayang cuba membela pokok ni..  sekarang dah keluar bunga.. daun pun dah mula hijau...aku taruk baja taik ayam..  aku pun sebenarnya tak pasti tanaman akuatik boleh pakai baja taik ayam ke tidak..

Sementara aku taruk kat water feature.. tapi pokok ni memang cantik taruk tempat yang agak tinggi sikit...

Ni pulak ros jepun.. ada orang panggil bunga pukul 10.. ada yang panggil bunga nona Singapura.. apa2 pun panggilan bunga ni memang cantik n cute.. mekar pagi.. memang time pukul 10 tu dia tengah cantik berkembang.

Bunga tengah mekar...

Ni pulak kiambang...  ni pun aku dapat kat nursery tepi Highway Putrajaya. Jenuh aku mencari. Kebanyakan nursery tak de lah pokok nie.. aku rasa kalau ada pun kat Sungai Buloh.. kuning2 daun dia..  aku akan pastikan pokok ni akan hijau segar balik kat tangan aku..

Sepit udang.

Pokok-pokok yang ada ni sebenarnya more kepada tropika atau Bali.. heheh akukan kuat berangan.. nak buat konsep konon kat halaman rumah... tapi memang cantik kalau menjadi..

Jadi macam ni ke...

Ni kalau kat luar pagar rumah...

Atau macam ni ke...

Ni pulak kat kat tepi porch...

Kui!kui!kui!... perasan sungguh ko fadliza.... :lol::lol::lol: berangan ler ko.. teruskan dengan angan2 ko....

Heheh.. pedulik hapa aku... berangan bukan kene bayar pun....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...