KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, 25 February 2011

Selamat Hari Jadi Muhamad Shah Daniel


Hari ni 24.02.2011 genap umur anak sulung aku 7 tahun. Alhamdulillah... dah makin besar anak aku.Seperti ibu2 yang lain.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak aku..

Semoga Along jadi anak yang baik, anak yang berbakti untuk agama dan negara.  Dengar kata ibu ngan Abah. Semoga Along panjang umur dan dimurahkan rezeki.. mencapai apa jua kehendak yang baik. Sentiasa mendapat rahmat dariNYA.

Along kene rajin belajar..rajin pergi sekolah... kerana dengan ilmu kita akan dijulang.. dengan ilmu kita akan dipandang dan dengan ilmulah kita mampu merealisasikan apa yang kita impikan.

Muhamad Shah Daniel bin Muhamad Juraimi

Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan Along. Ibu sayang sangat kat Along... Sayang 2..3...4....5.... kali sayang.... Selamat Hari Jadi Sayang.

Wednesday, 23 February 2011

Khazanah Alam

Aku memang minat kat pokok-pokok. Terutama jenis akuatik. Pokok air le tu... Tenang jerk bila nengok pokok yg kita jaga sihat.. berbunga....

Antara pokok yang menarik perhatian aku....


Ni pokok melati air. masa beli tu colour dia agak kuning sikit. Tapi memang aku minat pokok nie. Sebelum ni aku pernah ambik kat jiran mak aku kat Sungai Way. Tapi jenis tirus daun dia. Tak hidup pun.. Pada firasat aku sebab tak hidup adalah... sebab aku amik pokok tu tak mintak kebenaran dia.. huhuhu kira ala2 curik kot.. :lol: padan muka aku... saper suruh amik tak bagitau...


Aku dengan penuh kasih sayang cuba membela pokok ni..  sekarang dah keluar bunga.. daun pun dah mula hijau...aku taruk baja taik ayam..  aku pun sebenarnya tak pasti tanaman akuatik boleh pakai baja taik ayam ke tidak..

Sementara aku taruk kat water feature.. tapi pokok ni memang cantik taruk tempat yang agak tinggi sikit...

Ni pulak ros jepun.. ada orang panggil bunga pukul 10.. ada yang panggil bunga nona Singapura.. apa2 pun panggilan bunga ni memang cantik n cute.. mekar pagi.. memang time pukul 10 tu dia tengah cantik berkembang.

Bunga tengah mekar...

Ni pulak kiambang...  ni pun aku dapat kat nursery tepi Highway Putrajaya. Jenuh aku mencari. Kebanyakan nursery tak de lah pokok nie.. aku rasa kalau ada pun kat Sungai Buloh.. kuning2 daun dia..  aku akan pastikan pokok ni akan hijau segar balik kat tangan aku..

Sepit udang.

Pokok-pokok yang ada ni sebenarnya more kepada tropika atau Bali.. heheh akukan kuat berangan.. nak buat konsep konon kat halaman rumah... tapi memang cantik kalau menjadi..

Jadi macam ni ke...

Ni kalau kat luar pagar rumah...

Atau macam ni ke...

Ni pulak kat kat tepi porch...

Kui!kui!kui!... perasan sungguh ko fadliza.... :lol::lol::lol: berangan ler ko.. teruskan dengan angan2 ko....

Heheh.. pedulik hapa aku... berangan bukan kene bayar pun....

Thursday, 17 February 2011

Cantiknye...

Masa aku sibuk menjelajah internet.. aku terjumpa satu gambar halaman rumah orang.. cantiknya...


aku suke.... hmmm... nie yang buat aku berangan.. makin kuat ler angan2 aku... sebelum ni aku berangan nak letak pokok teratai kat luar  rumah tu.. tapi bila nengok gambar ni.. lawa jugak... tapi boleh ker aku buat secantik ni.. huhuhu...


Lu fikirlah sendiri... fadliza ooiii.... hehehe....

Friday, 11 February 2011

Selamat Hari Jadi Muhamad Shah Fiqrie

10 Februari baru ni hari jadi anak bongsu aku.. Shahfiq yang ke 3 tahun. Dah besar anak ibu hek... Semoga adik jadi anak yang soleh. Dengar cakap ibu ngan abah...


 
Adik jangan selalu buli abang-abang... jangan kuat nangis.... adik jangan suka naik angin tau. Ibu sayang sangat kat adik. Adik sayang ibu tak...


Kami tak buat party pun untuk dia... tapi aku tengah belajar nak buat pulut kuning tau... kalau jadik aku nak bagi kat masjid... minggu depan kot aku hantar... sebab boleh sekalikan ngan birthday anak aku yang sulung tu...


Cantikkan... huhhuhu.. harap-harap misi aku berjaya buat pulut kuning...


ShahFiq dapat hadiah motor dari abah dia.. tapi aku tak teringat pun nak ambik gambar... tapi masa beli tu aku nampak hati dia macam berbunga jerk... senyum lebar jerk.... kira puas hati ler tu.




Ini lah orangnya.. Muhamad shah fiqrie bin Muhamad Juraimi.. Happy Birthday sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...