KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, 20 January 2011

Meradangnya Aku

Sebenarnya dah beberapa hari aku meradang kat anak aku Haiqal. Dia tak mau gie sekolah. Apa nak jadi ni.... :mad: . Tension aku. Hantar-hantar kat depan sekolah dia tak mau masuk.

Padahal semalam dah warning.. jangan buat hal lagi. Rupa-rupanya hari ni buat hal juga. Aku dah ler lambat nak masuk opis... ggrrr... cari pasal namanya ni.

Aku memang tak suka kalau bab2 ponteng ni... sebabnye aku masa zaman sekolah dulu memang tak merasa ponteng sekolah. Macam sesetengah member.. senang sangat nak cuti.

Aku tanya cikgu dia.. pasal apa... biase ler cikgu2 yang dah ada faham peel budak2 bagi jawapan... Dia nak main. Tapi student kat situ kebanyakkan pompuan. Beberapa kerat jerk lelaki.. aku rasa adalah dalam 6-7 orang jerk lelaki. Lain semua pompuan.

Tapi pada aku tak de hal pun sebab aku nak dia belajar. Kalau aku hantar kat tadika sebelum ni.. memang aku tau lebih banyak main dari belajar.

So.. apa yang aku nak buat. Takkan setiap kali hantar pagi-pagi.. pas tu aku kene bawak balik semula pas tu cari rotan..pukul... sampai bila... Memang sedih bila mengenang perangai dia. Abang dia tak de plak cenggitu.

Kalau pegi sekolah Agama OK jerk anak aku tu... sebab apa..sebab sekolah agama ramai kengkawan. Sebab itu dia tak de masalah. Sekali jerk masa mula2 masuk sekolah dulu. Hari ke-2 dia buat hal kat sekolah Agama.

Takkan setakat sekolah Agama jerk aku nak hantar. Habis tu cam ne belajar membaca.. kenal huruf.. nombor semua. Memang aku boleh ajar kat rumah. Tapi persediaan untuk tahun depan.. darjah 1 cam ner... Aku bingung betul...


Budak ni yang suka buat onar. Memang dalam kepala dia nak main...main...main....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...