KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, 23 December 2010

Perjalanan Menuju Perak

Pagi2 buta aku dah bertolak dari Puchong ke Sungai Way. Kan aku dah kata ari tu patutnya aku tak pergi menghantar ke Perak sebab Along ader persembahan sajak hari Sabtu esoknya. Tapi orang dah offer... kita terima aje. Apapun terima kasih pada Hubby ku kerana sudi berpenat untuk menghantar Ilan ke Perak.


Dalam perjalanan kami ke sana kami singgah kat RNR Tapah. Sajer orang kata nak luruskan urat yang bengkok... tiba kat RNR pukul 11 lebih... tak makan pun. Tapi anak2 aku sibuk nak makan lah.. nak air lah... ish.. leceh tul.. nasib baik lah aku ader bawak nasi lemak sarapan pagi. MAka aku pun suapkan derang dalam keter...heheh.. malas aku nak turun kat RNR tu... maklum ler bila ramai2 tu anak2 aku bukan nak dengar kata pun....

Haiqal... Masih hisap botol ini budak.. ingat aku nak putuskan botol tu tahun depan... agak2 ok tak....

Along ngan ShahFiq

Hubby kesat mulut ngan hidung ShahFiq... Shahfiq tak berapa sihat pun masa ni.. selsema..batuk...

Lepas semua dah selesai rehat kat RNR kami pun bertolak menuju ke Chemor. Sambil tu sempat aku snap permandangan yang sejuk mata memandang...

Wira depan tu kereta Abah aku.. laju betul derang meninggalkan kereta aku.. ish..ish...

Wah hijau...... I loike :D...... terubat sikit mata aku yang rabun ni... sedap memandang.. sejuk... relax jer mata  yang penat...

Gunung ganang.....

Saujana mata memandang....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...