KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, 10 December 2010

Ke Kuala Lipis Hantar Andak

Awal Muharam hari tu aku n hubby gie Kuala Lipis hantar Andak aku. Hmmm dah lama beno aku tak sampai ke Kuala Lipis. Damainya rasa...

Sepanjang perjalanan nan indah.. saujana mata memandang. Bukit bukau dan hutan masih penuh di sepanjang perjalanan kami. Syukur masih ada kawasan yang hijau untuk aku renungi.

Antara gambar yang sempat aku snap sepanjang perjalanan.


Perjalanan meninggalkan Kuala Lumpur yang penuh sesak walaupun dihari cuti.

Cantiknye permandangan hutan tepi Hway ni..... Sejuk mata memandang


Menghala ke Bentong

Kalau nak gie Genting Highland pun lalu sini gak.


Nak masuk terowong

Dalam terowong

Masa aku kecik-kecik dulu siap suruh mak kejutkan lagi kalau dah lalu kat dalam terowong ni... syok.... Kat dalam terowong ni tak de udara sangat.

Dah masuk Bentong....

Sign Board Daulat Tuanku sempena ulang tahun kelahiran Sultan Pahang

Masuk jerk ke depan sikit ader road block plak... heheh aku apa lagi terus mencari tali pinggang.... Nengok tu polis pun segan2 aku snap gambar dia...

Masjid Bentong

Singgah Marrybrown kat Raub. Nampak gayanye restoran ni baru bukak.

Hubby ku mengorder makanan di kaunter...

Cantik dalam restoran ni hek.. siap ader buaian lagi...

Aku order mamam yang ni.... sedap.. garing... yummy....

Wan n Andak tengah makan nasik ayam... hubby ku makan burger ajer

Milo panas..... berbuih....

Licin..........

Aku dah sampai Kuala Lipis....

Bangunan tu adalah bangunan Pejabat Daerah Kuala Lipis... salah satu mercu tanda Kuala Lipis. Tinggi kat atas bukit.

Kolam memancing. Kawasan ni dah masuk Kampung Kuala Lanar...Rumah Andak

Jambatan Keretapi


Rumah Andak... sebenarnya rumah Wan aku.. tapi andak duduk. Wan aku duduk kat rumah Mok de aku.. heheh sempit kot... duduk ramai2.. aku sampai2 jerk.. mangai.. semak betul... banyak biawak.. mengkarung... geli mak noks...


Kat kampung seronok.. macam-macam pokok ader... ni pokok nangka. Banyak buah.. tapi muda lagi. Kalau dah masak harus aku kene bawak balik buah tu.. hehehe :D

Ni paya... seberang paya tu pun rumah Wan aku... rumah tu abah aku dah besarkan tapi susah nak masuk.. tak de jalan... menghadap jalan kereta api.. kereta tak bley masuk... sebab tu derang suka tinggal kat rumah sekanga.. walaupun kecik


Rumah tinggal... dulu masa aku kecik2lagi rumah ni dah kosong. Mak aku kata rumah ni rumah orang kaya.. masa zaman dia dulu.


Pokok nyiur nan melambai... memang cantik suasana kampung ni... nak2 area Pahang... memang banyak lagi khazanah alam yang masih belum tercemar oleh pembangunan..

huh!!! patut ler banyak biawak... anak ayam berlambak...


Ibu ayam tengah mengeramkan telur... ni punca biawak ni...

Andak tengah kutip cili

Hehehe.. dia nak bagi aku.. ole-ole balik Sungai Way... pedas wo.. cili api kampung... boleh buasir teman...

Lepas lepak merehatkan badan aku pun chow balik Sungai Way... anak-anak aku semuanya aku tinggalkan ngan mak aku.. sorang pun tak bawak.

Maka sepanjang perjalanan aku n hubby nak balik Sungai Way.. hanya kami berdua dalam kereta tu... sambil menghirup udara segar.. pemandangan menarik.. bak berbulan madu..

hehehhe.. wakakaka.... berangan aku nak berbulan madu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...