KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, 2 November 2010

Semoga Panjang Umur Dan Murah Rezeki

Hari ni bersamaan 1 November 2010 adalah hari ulang tahun kelahiran Abah aku.. Tuan Hj. Khalil bin Hj. Long yang ke 62 tahun. Semoga panjang umur dan murah rezeki kepada abah tersayang.


Insan ini lah yang membuat hidup aku berjaya. Insan ini lah yang menjadikan aku manusia yang sujud kepada Penciptanya... Insan ini lah yang menjadikan aku manusia yang berfikiran ke hadapan... insan ini lah yang mengajar aku hidup berlandaskan ilmu dan insan in lah yang tidak pernah lokek menabur kemewahan dan kasih sayang kepada aku dan adik beradik aku....

(ni gambar ari ari tu.. bukan gambar baru)


Kami sekeluarga sentiasa menyayangi Abah dan menghargai segala pengorbanan dan jasa Abah. Tiada insan lain yang mampu melakukan semua pengorbanan itu selain Abah. Terima kasih atas segalanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...